Sunday, December 28, 2014

Muhasabah Akhir Tahun

Sungguh..  itulah takdirMu...
Yang termaktub sejak azali
Sebuah  lakaran perjalanan alam
yang sukar digambar dlm kotak fikiran
Dengan sekelip mata...ia menjadi puing-puing berterbangan
Tiada siapa yang dapat menghalang ketentuanNya

Allah...Maha hebatnya Engkau...
Dengan apa yang terjadi...
Tiada siapa mampu  menghalangnya...
Andaikata itulah tadbirMu untuk kami...
Ampunkan kami atas kealpaan ...
Atas segala kesilapan, kelalaian dan kelekaan
Moga kekal menjadi ingatan dlm sejarah kehidupan...
Menginsafi betapa lemahnya diri...
Mensyukuri segala anugerahMu yang tak terperi...
Mengambil iktibar dari apa yang terjadi,,,
menginsafi betapa singkatnya masa berbaki

Allah... Maha pengasihNya Engkau...
Masih menerbitkan mentari buat kami...
Masih meniupkan udara buat kami
Masih mencurahkan air bersih buat kami
Dan ,,,,

Banjir... ingatan dari Yang Maha Berkuasa
Buat renungan dalam melakar tahun baharu..
moga kita menjadi hambaNya,,,
.



Wednesday, December 17, 2014

Pesanan Buat Adam

 
Adam ....

Jadilah dirimu
Lelaki Qurani 
yang hatinya sentiasa rindu padanya
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,
 
 
Adam, 
Tahukah engkau  kecantikan lelaki
 
Cantikknyalelaki  lelaki 

bukan pada jasadnya
tetapi ...
pada murninya  rohani
pada  mulianya  hati
pada luhurnya  budi
pada indahnya pekerti

Lelaki yang cantik adalah …….
yang mampu...
mengalirkan airmata keinsafan
yang sedia menerima teguran
yang akur dengan kebenaran...
yang sentiasa membetulkan kesilapan
yang sentiasa memberi kemaafan
yang tenang dalam keresahan
yang sabar dalam kepayahan
yang tak pernah mengenal  putus asa

Adam...
Terimalah  hakikat bahawa...

engkau bukan sempurna..
tetapi mencari kesempurnaan


Sedarlah jika engkau mahu
contohmu ada di depan mata
semuanya ada pada Dia



Suri teladan anugerah Tuhanmu
Dialah ...
Nabimu yang ummi
Dialah contoh abadi 
kesempurnaan  kecantikan  seorang lelaki
yang memiliki segalanya
kejernihan hati
ketampanan jasadi
gagah perkasa
 semua apa yang kau cari...

Dia lelaki terpilih
menerima tarbiyah ilahi
cerminan Al-Quran
sempurna akhlaknya 
tersusun langkahnya
manis tuturkatanya,
tidak  bermegah dengan ilmu di dada
tidak berbangga denga harta yang ada
tidak terpedaya dengan wanita, harta dan takhta
sentiasa memberi
sentiasa mencintai
sentiasai menghargai
sentiasa mengerti
sentiasa memahami
sentiasa berkorban

Wahai Adam

contohilah Dia
sebagai teladanmu
dalam mencari kesempurnaan
dalam mengatur kehidupan 

menjadi hamba ilahi
menjadi lelaki sejati
menjadi pemimpin ummah
menjadi anak sholeh
menjadi sahabat setia
menjadi suami mithali


 ingatlah Adam,

lelaki sejati sentiasa
 patuh pada ilahi
cintai rasul
taati ibu bapa
hormati yang tua
kasihani yang muda 


Adam, 

Doaku buatmu
moga impianmu terealisasi...menjadi hamba Ilahi ...

Siapa Diriku

“Aku hanyalah seorang hamba Allah
 yang kerdil lagi hina…
aku ini serba kekurangan…
namun aku punya satu impian…
aku mahu menjadi insan yang baik…
insan yg melakukan kebaikan 
supaya orang lain
mendapat manfaat darinya…
tetapi jika aku tidak mampu,
janganlah kiranya 
aku berbuat kejahatan,
atau kejahatan dalam kebaikan…
biarlah aku berdiam diri
andai aku masih belum bersedia…
kini aku lemah,
namun tidak pula 
aku mahu menjadi lemah 
buat selamanya…
aku harap aku akan kuat…
dan aku mohon sangat-sangat 
biarlah aku menjadi kuat
untuk berbuat kebaikan…
dengan itu aku akan sentiasa berusaha…
dan Engkau sahajalah
tempat aku mengadu
kerana hanya Engkau lah 

teman yang benar-benar setia 
bersamaku ya Allah…
setiap masa dan setiap ketika, 
tidak pernah walau sedetik pun
 Engkau tinggalkan aku…
ya Allah… 
redhailah daku
 selama aku bernafas di dunia ini…”

Aamiiin Ya Rabb al-'aalamiiin…

Pesanan Untuk Hawa

Hawa,

Andai engkau masih bujang,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.
Andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau seorang ibu,
didiklah anakmu shingga dia x gentar memperjuang ad-din Allah.


   
Namun Hawa,


Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu.
Ingatlah akan janji Allah – wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yg bukan mahram,
kerana dikhuatiri dari mata akan jatuh ke hati,
lalu lahir sekuntum senyuman,
tercetusnya salam perkenalan,
dan disusuli pula dengan pertemuan berikutnya…
takut akhirnya wujudlah nafsu kejahatan yang menguasai diri...


Ingatlah wahai hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa.
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya.
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.



Yakinilah wahai hawa,

Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaq dan peribadinya.
Lelaki yg beriman akan memilih wanita yg kuat pegangan agamanya.
Lelaki yang soleh tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan mahramnya,
kerana dia takut ianya akan memberi kesempatan kepada syaitan
untuk menggodanya serta melemahkan imannya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,
kerana dia tahu apa matlamat dlm sebuah pertemuan lelaki & wanita,
yakni sebuah perkahwinan…



                                           Oleh itu Hawa,


Jagalah pandanganmu,
Awasilah auratmu,
Peliharalah akhlaqmu,
Kuatkanlah pendirianmu!


Usah bersedih wahai Hawa,

Andai ditaqdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongan jiwamu.
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
dan cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang mendatangkan kebahagiaan buat dirimu.



Pesanku buat Hawa,Cintailah Allah di kala susah dan senang,
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah...
Cintailah kedua ibu bapamu,
kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah…
Cintailah ahli keluargamu,
kerana kau takkan jumpa cinta bahagia selain dari cinta keluarga…


#####################################

Ya Allah, peliharalah diriku…
Juga seluruh kaum hawa yang bergelar Muslimah…
Janganlah sesekali tangan yang mampu menggoncangkan dunia ini
Disalahgunakan untuk menggoncang iman para lelaki...

Profil Group

 

Prof. Madya Dr. Azharuddin bin Sahil
College Of Arts And Sciences
Universiti Utara Malaysia
Pensyarah SGDT 5013








Fadzilah binti Abd Rahman
No. Matrik : 816717
Tarikh Lahir: 1 Januari 1974
Kerjaya: Pensyarah Politeknik Sultanah Bahiyah,
               High Tech Park, Kulim Kedah







Roshidah binti Romli
No. Matrik : 816806
Tarikh Lahir: 25 Ogos 1966
Kerjaya: Pensyarah Kolej Matrikulasi Kedah





 

Thohir bin Bahador
No. Matrik : 816738
Tarikh Lahir: 6 November 1982
Kerjaya: Pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
               Pauh Putra, Arau Perlis.




 

Zuriyati binti Abu Bakar
No. Matrik : 816810
Tarikh Lahir: 11 September 1975
Kerjaya: Guru Sekolah Kebangsaan Pendang,           
                Kedah

KATA PENGANTAR





السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم


Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana laman blog ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Namun banyak kekurangan yang ada umpama anak-anak yang baru bertatih...

Kejayaan ini adalah hasil garapan idea, buah fikiran serta cetusan rasa dan ilham  dari semua ahli kumpulan. Kejayaan ini adalah bukti terealisasinya  konsep  amal jamaie dan team work sesama kami.  

Kerjasama, tolong menolong, bantu membantu dari semua ahli, maka terhasillah blog Nurul Islam : Islam Agamaku Tetap Unggul Sepanjang Zaman. Ia bertujuan memenuhi tugasan bagi  Subjek SGDT 5013.  Namun begitu bagi kami, ianya bukan satu tugasan biasa, tetapi adalah peluang bagi kami untuk mencuba sesuatu yang baru dalam penyebaran dakwah Islam dengan memanfaatkan teknologi masakini. 
  
Tugasan ini rupanya memberikan kami kesempatan belajar dan mendalami bagaimana menghasilkan blog yang menarik dan berinformasi. Justeru orang baru dalam bidang media kreatif ini kami memerlukan  banyak pandangan, komen dan kritikan yang membina bagi meningkatkan kemahiran dan kretiviti kami. 

Rupanya sesuatu yang menakutkan diawalnya rupanya membuahkan rasa gembira pada pengakhirannya. Kami mula  jatuh cinta dengan teknologi baru ini. Insha Allah selepas ini kami akan menghasilkan blog peribadi masing-masing demi merealisasikan tanggungjawab dakwah melalui pena. 

Akhir kata kami mengucapkan jazakaAllah Khairan Kathira kepada pensyarah kami yang kami hormati Prof. Madya Dr Azharuddin bin Sahil yang banyak mengajar kami bagaimana mencari makna dan erti  dalam amalan kehidupan seharian. Mengajar apa yang sewajar diberi penekanan dan perhatian bukan sekadar pada zahirnya tetapi pada batinnya; bagaimana menghubungkan jiwa hamba dengan penciptanya. Ilmu yang sukar diperolehi tetapi itulah kelebihan Prof. Madya Dr. Azharuddin bin Sahil. Jasamu tetap dikenang ke akhir hayat kami bak kata Prof… selepas ini kita adalah saudara. Semoga Allah ganjari pahala terbaik buatmu guru…

Akhir sekali, terima kasih kepada semua rakan atas ilmu dan jalinan ukhuwwah yang termeteri … maaf zahir batin atas segala kekhilafan …

Sla kunjungi kami di 

  http://pelantariman.blogspot.com/

Tuesday, December 16, 2014

DOA BUAT ANAK-ANAKKU

Anakku, belahan jiwaku..

Waktu berlalu tanpa pernah kita sedari
Namun pelukan sayang ibu tak pernah kehilangan erti
Dakapan hangat ibu juga selalu menyertai
Doa tulus ku melekat erat dalam ayunan langkah bersatu mimpi


Anakku, jendela sanubariku..

Perjuangan itu kini sudah di hadapan
Saatnya menjalani hidup dengan penuh kebebasan
Hadapi tentangan dengan senyuman
Sapa setiap kesulitan dengan keikhlasan
Raih bintang dengan penuh harapan

 
Anakku, penawar hidupku..

Hidup ini tidak terlalu mudah dijalani


Ada kesulitan yang akan memperkaya hati,
Tapi.. Jadilah pemenang layaknya juara sejati
Dengan rendah hati dan luhur budi
Bertabur kasih bersulam pekerti

Anakku, bintang harapanku..
 
Ayunkan langkah dengan ringan hati
Gapai setiap mimpi yang ada di sanubari


Bentangkan asa agar menjadi Satu

YA Allah...
Lindungi anakku dalam teduh kurnia-Mu
Bimbing anakku di setiap persimpangan yang membuatnya bimbang
Beri kemuliaan budi agar membuatnya bererti
Titiskan kebesaran jiwa agar membuatnya bermakna
Sentuh hatinya dengan semangat tulus untuk berkongsi
Tanamkan keyakinan terhadap kebaikan
Penuhi tekadnya dengan kerja keras dan pantang menyerah
Teguhkan peribadinya agar tidak mudah goyah

Ya Allah..

Terima kasih untuk kurnia terindah ini
Terima kasih untuk anugerah tidak ternilai ini

Amin