Wednesday, December 17, 2014

Pesanan Buat Adam

 
Adam ....

Jadilah dirimu
Lelaki Qurani 
yang hatinya sentiasa rindu padanya
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,
 
 
Adam, 
Tahukah engkau  kecantikan lelaki
 
Cantikknyalelaki  lelaki 

bukan pada jasadnya
tetapi ...
pada murninya  rohani
pada  mulianya  hati
pada luhurnya  budi
pada indahnya pekerti

Lelaki yang cantik adalah …….
yang mampu...
mengalirkan airmata keinsafan
yang sedia menerima teguran
yang akur dengan kebenaran...
yang sentiasa membetulkan kesilapan
yang sentiasa memberi kemaafan
yang tenang dalam keresahan
yang sabar dalam kepayahan
yang tak pernah mengenal  putus asa

Adam...
Terimalah  hakikat bahawa...

engkau bukan sempurna..
tetapi mencari kesempurnaan


Sedarlah jika engkau mahu
contohmu ada di depan mata
semuanya ada pada Dia



Suri teladan anugerah Tuhanmu
Dialah ...
Nabimu yang ummi
Dialah contoh abadi 
kesempurnaan  kecantikan  seorang lelaki
yang memiliki segalanya
kejernihan hati
ketampanan jasadi
gagah perkasa
 semua apa yang kau cari...

Dia lelaki terpilih
menerima tarbiyah ilahi
cerminan Al-Quran
sempurna akhlaknya 
tersusun langkahnya
manis tuturkatanya,
tidak  bermegah dengan ilmu di dada
tidak berbangga denga harta yang ada
tidak terpedaya dengan wanita, harta dan takhta
sentiasa memberi
sentiasa mencintai
sentiasai menghargai
sentiasa mengerti
sentiasa memahami
sentiasa berkorban

Wahai Adam

contohilah Dia
sebagai teladanmu
dalam mencari kesempurnaan
dalam mengatur kehidupan 

menjadi hamba ilahi
menjadi lelaki sejati
menjadi pemimpin ummah
menjadi anak sholeh
menjadi sahabat setia
menjadi suami mithali


 ingatlah Adam,

lelaki sejati sentiasa
 patuh pada ilahi
cintai rasul
taati ibu bapa
hormati yang tua
kasihani yang muda 


Adam, 

Doaku buatmu
moga impianmu terealisasi...menjadi hamba Ilahi ...

No comments:

Post a Comment