Tuesday, December 16, 2014

Koleksi Kitab-kitab Hadis

Pengenalan

Dalam sejarah menghimpun dan penulisan hadis mengalami perkembangan yang agak lambat dan bertahap dibandingkan dengan perkembangan dan penulisan al-Qur’an. Hal ini kerana al-Qur’an pada zaman Rasulullah SAW sudah ditulis al-Quran itu walaupun sedikit, dan mulai dibukukan pada zaman Abu Bakar khalifah pertama sekalipun penyempurnaannya dilakukan pada zaman khalifah Osman bin Affan yang disebut dengan mushaf Osmani. Sedangkan penulisan hadis pada masa Rasulullah SAW hannya secara umum kerana dilarang oleh baginda SAW. Pembukuan hadis bermula pada abad ke 2 hijrah, pengumpulan dan penulisan hadis mengalami proses pengembangan yang lambat, melibatkan banyak orang dari masa ke masa dan menghadapi pelbagai masalah.

Keadaan hadis pada masa perkembangan sebelum pengumpulan dan penulisan pernah mengalami masalah yang berliku di tengah masyarakat . Oleh kerana itu, para ulama bangkit mengadakan kajian  hadis-hadis yang beredar dan meletakkan dasar kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang ketat bagi orang yang meriwayatkan hadis. Dr. M. Syuhudi Isma’il menjelaskan perlunya penelitian hadis kerana hadis Nabi sebagai salah satu sumber ajaran Islam. Tidak seluruh hadis ditulis ketika Nabi masih hidup. Telah timbul pelbagai pemalsuan hadis, dan proses pembukuan hadis memakan waktu yang lama.[1]
Dengan demikian, penyusunan hadis pada hakikatnya sama antara ahli hadis yang lain kerana pola penyusunan hadis telah ditetapkan para ulama-ulama terdahulu. Begitu juga dengan pola penyusunan hadis Imam Bukhari dan hadis Imam Muslim, berdasarkan ilmu hadis yang telah ditetapkan oleh para ulama terdahulu, pada dasarnya pola penyusunan hadis kedua-dua imam tersebut iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim adalah sama. Oleh kerana itu, pola penyusunan hadis Imam Muslim banyak kepada pola penyusunan hadis Imam Bukhari, namun jika diteliti ada perbezaan antara keduanya.

Sahih Bukhari dan Sahih Muslim merupakan dua kitab yang paling sahih setelah al-Qur’an. Melalui kedua-dua kitab ini, ilmu hadis menjadi lebih tersebar kerana pengaruh kedua kitab sahih itu terhadap orang Islam terkemudian ini. Kedua-dua kitab ini telah membuktikan adanya gerakan menghimpun dan meriwayatkan hadis pada masa Imam Bukhari dan Imam Muslim, sehingga taraf kedua kitab itu tidak dapat ditandingi oleh karya imam-imam hadis sesudahnya.[2]

Sahih Bukhari


Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam Bukhari (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah.

Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik kerana Imam Bukhari menggunakan kriteria yang sangat ketat dalam menyeleksi hadis-hadis peringkat paling sahih. Maka tidak hairanlah jika orang Islam ahli sunah wal-jamaah mengganggap Sahih Bukhari sebagai Kitab yang kedua paling benar selepas Kitabullah. Imam  Bukhari menghabiskan waktu selama16 tahun untuk menyusun koleksi ini dan menghasilkan 2,602 hadis dalam kitabnya (9,802 dengan perulangan). Semua hadis-hadis sahih disusun mengikut 70 kategori berpautan dimana setiap satu kategori mewakili satu kitab.


Shahih Muslim

Al-Jami' atau biasa di kenal dengan Kitab Shahih Muslim merupakan kitab (buku) koleksi hadits yang disusun oleh Imam Muslim (nama lengkap: Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi) yang hidup antara 202 hingga 261 hijriah. Imam Muslim merupakan murid  Imam Bukhari.

Koleksi hadits ini dalam Shahih Muslim merupakan koleksi kedua terbaik  setelah Shahih Bukhari. Dari sekitar 300.000 hadits yang dikumpulkan oleh Imam Muslim hanya sekitar 4000 yang telah diteliti selama hidupnya dan dapat diterima keasliannya.
Shahih Muslim terbagi menjadi beberapa kitab dimana tiap kitab terdiri dari beberapa bab. Judul bab tersebut menunjukkan fiqih Imam Muslim terhadap hadits-hadits yang termuat di dalamnya. Shahih Bukhari bersama dengan kitab Shahih Muslim disebut sebagai ash-Shahihain (Dua Kitab Shahih rujukan utama). Dalam menyusun kitab Shahihnya, Imam Muslim tidak memberikan nomor. Di kemudian hari ditambahkan nomor pada Shahih Muslim untuk memudahkan perujukan hadits

Sunan an-Nasa'i

Kitab As-Sunan as-Sughra (bahasa Arab: السنن الصغرى), juga dikenali sebagai Sunan An-Nasa'i (سنن النسائي) atau Al-Mujtaba (المجتبى) adalah kitab hadits Ahlussunnah wal Jamaah yang dikumpulkan oleh Imam Nasa'i. Nama penuhnya Imam al-Hafiz Ahmad Bin Syuaib al-Khurasani (215 H-303H).

Kitab Sunan An-Nasa'i merupakan salah satu dari enam kitab hadits utama yang dianggap berada di urutan ketiga yang paling shahih setelah kitab Shahihain Bukhari-Muslim. Kitab ini disebut juga Al-Sunan Al-Sughra (Sunan yang Kecil) karena merupakan kitab ringkasan yang memuat sekitar 5270 hadits yang diseleksi dari karya aslinya yaitu Al-Sunan Al-Kubra. Sunan An-Nasa'i ini telah dikomentari (syarah) di antaranya oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi dan Muhammad Abdul Hadi Al-Landi

 

Sunan Abu Daud

Sunan Abu Daud ataupun Sunan Abi Daawud (Bahasa Arab: سنن أبي داود‎), humpunan Hadis oleh Abu Daud, ialah satu daripada enam kitab Hadis yang dikenali sebagai Al-Kutub al-Sittah.

Imam Abu Daud menghimpun 500,000 hadis, tetapi hanya memuatkan sebanyak 4,800 hadis ke dalam himpunan hadisnya. Himpunan hadis ini dianggap kitab hadis yang keempat 'kekuatannya' dalam Al-Kutub. Abu Daud mengambil masa hampir 20 tahun bagi menghasilkan kitab hadisnya; beliau membuat beberapa siri perjalanan bagi berjumpa periwayat hadis yang terulung pada zamannya dan mengumpulkan hadis yang paling tulen yang diriwayatkan kepada periwayat-periwayat yang ditemuinya. Memandangkan Abu Daud mengumpulkan hadis yang belum dihumpunkan demikian rupa, Sunannya diterima sebagai karya piawai oleh sarjana Islam.[1].

 

Sunan al-Tirmizi

Jami' at-Tirmidhi (Bahasa Arab: جامع الترمذي‎, Jāmi` at-Tirmidhī), juga dikenali sebagai Sunan al-Tirmizi (Bahasa Arab: سُـنَن الترمذي‎, Sunan al-Tirmidhī), ialah satu daripada enam kitab Hadis yang dikenali sebagai Al-Kutub al-Sittah. Ia dihimpunkan oleh Abu Isa Muhammad ibn Isa al-Tirmizi.

 Al-Kattani berkata: "Jami al-Tirmizi juga dikenali sebagai Sunan; himpunan ini bukan dua kitab berlainan, dan juga [dikenali sebagai] Al-Jami al-Kabir."[1]

 

Sunan ibnu Majah

 Sunan ibnu Majah (Arab:سُنن ابن ماجه) adalah kitab kumpulan Hadits dalam Islam yang disusun oleh ibnu Majah. Kitab ini adalah salah satu dari enam kitab (Kutubus Sittah) yang menjadi rujukan utama bagi pemeluk Islam. Kitab ini menghimpun kurang lebih 4000 hadits yang terpisah kedalam 32 buku.

 





No comments:

Post a Comment